28 February 2010

Rumput yang paling CANTIK!

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Okey, kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang sekolah. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu, pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali! Apabila sudah petik rumput yang PALING cantik itu bawa ke kelas.

Beberapa minit kemudian, apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu cikgu pun bertanya kepadanya.

Cikgu : Mengapa tiada sehelai rumput pun yang kamu bawa?

Pelajar : Tadi semasa saya berjalan di padang, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang PALING cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan untuk mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tetapi,bila sampai di hujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin diantara rumput dibelakang saya tadi adalah rumput yang PALING cantik itu. Tetapi, dah cikgu kata tak boleh toleh ke belakang walaupun sekali jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang telah berlaku itu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang sebenarnya paling cantik dan terbaik untuk kita. Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


...Wuuu..Msg dr seseorang kepada wa ni, wat wa berfikir dengan lebih waras...~


2 comments:

Hunny said...

Salam adindaku,

Ntah mengapa kekanda merasa ada aura yang membakar jiwa raga kekanda bila membaca entry ini.. Kanda yakin, kanda dah jumpa rumput yang paling chantek..:)

::mellankolia:: said...

waalaikumsalam kanda...
alangkah indahnya dunia jika sudah berjumpa dgn rumput paling santek itu..!!
mestilah kne dptkan..kambate!!