20 February 2017

Aunie Naura was born!

Dah lama tak mengarang, sebenarnya nak boh kat status FB je tp panjang berjela sgt story nya so decide nak post dlm blog aje. Sempena birthday Auni yang pertama ni, mommy share kisah mommy masa nak bersalinkan Auni.

Sape rajin boleh la layan cite kelahiran Auni, my sweet little baby ni.


4 months old Aunie Naura~


5 months old Aunie Naura~

18 Feb 2016

Mild contraction sepanjang hari. Still g office, as usual drive sendri and  berjalan dgn hazabnya dr parking. But dah mula confuse samada false contraction or real. Estimate due date was 20 Feb, so mmg dah menghitung hari la. Well first time nak beranak la katakan. (Aku bg rate kesakitan ni Contraction Level 1 lah). Dr tghr dah whatsapp family members tny how contraction was. Ada yg advice soh g klinik check dah buka berapa cm, tq utk semua advice kalian but my sayang kena balik kerja lambat dat nite. Tak pasan kol bape dia balik, maybe around 11 sbb aku tertidur while waiting. Last meal maggi goreng kat Isa Maju, Seksyen U12 jam 6 pm.

19 Feb 2016

       
2.30 am :               

Terjaga sbb terlalu nak poopoo. Maigad selama ni mmg tak kuasa nak bangun tidur semata utk poopoo but this time tak boleh tahan pny, memulas sgt perut ni (Contraction Level 2). Bangun jugak g toilet sambil pejam mata. Eh, tgk2 dah ade darah setompok. Dgn confidentnya kejut sayang sambil ckp “org rasa baby dah nak keluar la”. Yayaya trus dia bangun cuci muka angkut beg yg dah prepare 2 month before, me sarung tudung and make sure takde document tertinggal. Perasaan nk poopoo td aku buang jauh2 sbb takut nak teran kang terberanak camne. Simpan je la dulu~

3.30 am :               

Tak sampai 10 minit dah sampai PAC Hospital Shah Alam, yelah mana ada jem pagi2 buta ni kan. He drops me and g parking keta dulu. Aku masuk PAC and register kat kaunter. Pegawai kat kaunter tu tny “alamat klang kenapa bersalin kat sini?”. Sebenarnya nak jawab “sukahati aku la nak beranak kat mana pun!” Tp sebab aku dilahirkan dgn tahap kesabaran yg tinggi maka aku jawab “rumah saya lagi dekat dengan HSA berbanding HTAR. Puan boleh cuba google tgk jarak mana lagi dekat”. Cliché. Aku disuruh tunggu sebentar sementara didaftarkan. Im alone kat area ni dat time, takde patient lain. Time ni dah mula sakit sikit2 tp aku boleh tahan lagi (Contraction Level 3). Kalau suruh selfie pon leh senyum sampai telinga la. Dlm 10 min pastu aku disuruh baring utk amek bacaan CTG. CTG ni mesin utk mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga contraction. 30 min diperlukan utk dapatkan graf yang sempurna so that kita leh tau condition baby and contraction level mommy. Seriously, sepanjang masa berbaring tu aku dah sakit / senak perut sgt. Mmg tak selesa nk melunjur kaki, stress perut hakak! (Contraction Level 4)

4.00 am :               

Siap je CTG, ade sorg nurse bwk wheelchair, dia suruh aku duduk, mcm tau2 pulak aku sakit tp ekceli masih mampu je berjalan. Aku dibawa naik lif tak pasan pulak tingkat bape and sebenarnya tak tau pun dia bawa aku ke mana. Tak tny pulak, pny la layan sakit. Tak tahu apa nama bilik ni tapi ade kaunter, tempat menunggu and bilik bertirai2. Kat area ni ade sorg patient tgh tunggu, so aku dgn muka ada senyum berborak la dgn dia. Rupanya dia dah 2/3 bulan pregnant and tgh mlm td bleeding so maybe nk check condition baby. Tp katanya dia dah tunggu dari jam 2 pagi. Hurm..aku dah tak best dah sbb pikir adakah aku pon kne tunggu selama tu. Sempat la whatsapp sayang waktu tu. Tunggu…tunggu dan tunggu. Patient td pon dah dipanggil hope baby dia okey. Around 4.30am aku dipanggil masuk dalam bilik bertirai tu. Kne tukar kain pink. Ape nak dibuek sebenarnya dlm tu aku pon tak tau. So ade sorg doctor masuk, suruh aku baring. Rupanya ni bilik utk check bukaan, baru aku tau hahaha. 

Dia kata “dah 5cm ni puan”. 

Aku pon mcm “oh yeke” patut sakit sgt masa berdiri salin kain tu. 

“Jadi sy pecahkan ketuban ye” katanya lagi. 

Aku tak berapa dengar sgt tp aku pasti dia dah pecahkan ketuban aku sbb rasa mcm air panas mengalir dlm kain pink tu. Doktor td keluar and ade sorang nurse masuk bwk sepasang persalinan pink and ask me to salin attire tersebut. Makngai masa nak tukar baju tu menggigil kaki aku mmg tak tahan sakit while contractions come. Tgn berpaut kat katil and dinding sepanjang tkr baju. Sumpah sakit! Ya ini agaknya sakit contraction yg aku baca kat blog2 sebelum ni (Contraction Level 6). Plus terlalu rasa nk poopoo, dah kat hujung2 sgt! Sempat aku minum air zamzam and VCO Tanamera masa tunggu nurse amik wheelchair.

Aku siap jln kuar dr bilik tirai tu and g kaunter dgn kesakitan yg amat sgt, and tny kat nurse, suara dah ketar2 dah “sy nak poopoo sgt, takpe ke kalo sy teran?”.

“Jgn puan, kita nak bawa puan ke labour room dah ni” katanya.

“Tapi sy betul2 tak tahan ni, kang terpoopoo kat sini camne?”.

Jawabnya “Ok lah puan pegi kat toilet tepi tu”.
Aku terus gegas g toilet tp bila duduk kat toilet bowl tu mcm tak berani pulak nak teran. Kalau baby yg kuar camne. Maka aku kuar toilet dgn hampa and terus bertahan. Korg mst paham perasaan bila terlalu, maksud aku terlalu tauuu..terlalu nk poopoo tp korg terpaksa tahan lagi. How tak selesanya dia pny feel tu kan. Blerghhh. Aku istighfar and control pernafasan je la.

5.00 am :               

Aku dibawa ke labour room dgn wheelchair. Same floor tp agak jauh kalau jln kaki dgn sakit2 tu mungkin tahun depan baru sampai. Sunyi sgt waktu tu, katanya im the only patient at that hour. Masuk LR trus nurse soh bukak brg kemas, jam, getah rambut dll. Time ni tak mampu dah nak kawal pernafasan. Penat aku practice breathing sebulan dua ni tp akhirnya tetap huru-hara. Sakit baq ang, mcm2 gaya aku atas katil, merengkot la, melunjur la, mengiring la, sume posisi tetap sakit (Contraction Level 9). Punya tak tahan sakit so sometimes aku terpush secara auto. 

Marah nurse tu bila tau aku push, “puan jgn push dulu, tahan dulu”. 

“Saya tak boleh tahan, auto push. Takleh control dah ni, bukan sy sengaja~” sambil tahan sakit. 

Ade la dlm 10 min dorg biarkan aku melayan sakit sendiri, sbb dorg tgh bz maybe kne prepare pape kan. 

Ade sorg nurse tu datang kat aku “puan jgn push dulu, nnt baru push” katanya. 

“Saya betul2 takleh control. Sakit sangat ni!!” mungkin dah jerit. 

Dia trus check CTG aku, and katanya “contraction dah high dah ni”. 

Pastu ade nurse lain yg mungkin lebih berpengalaman check bukaan aku. Yayaya kau ase bape cm? 10 cm dah!!! Patutlah aku dah nak fengsan lyn contraction ni. 

“Suami saya mana?” sempat lagi tny. 

“Td lagi kami dah maklumkan, sekejap lagi mungkin sampai” katanya. 

“Sy nak teran sgt dah ni” hampir nanges semasa berkata2 sbb sakit. 

“Sebentar puan, jgn push dulu, kita tgh prepare set ni” balas one of them. 

“Set ape pulak ni. Lahai nak beranak sgt dah ni” wuuuuu. 

“Set utk delivery la puan” sambil mereka bertungkus lumus prepare set, my sayang sampai. Syukur. Good timing. Terus ready nk push bila set settled. Peluh jantan dah merecik2 dah aku ase, dia pny sakit, Allah je yg tau (Contraction Level 10). 1st push gagal, 2nd pon gagal sbb aku pny breathing tak betul mungkin. 

“Knp puan breathing camtu? Puan tarik nafas dalam2, push sungguh2.” 

“Ok puan, pandai, ok truskan mcm td kepala baby dah nampak dah tu.” 

Aku ase ade 7 nurse kat keliling aku tgh bagi sokongan moral kat aku. Tq sgt! Semua gegirl~ Hubby pulak tolong angkat kepala bg rapat dengan dada. Time ni la nak pegang ujung kaki tp tak sampai. Hazab mmg hazab, well manusia biasa mcm aku ni byk dosa, ingat senang ke nak hapuskan dosa2 tu. Sempat lagi aku pikir psl dosa aku that time, insaf betul beranak ni. 

“Sayang kepala baby dah nampak tu, buat betul2, kalau tak nnt penat” kata hubby. Aku pun tarik nafas dlm2 and “Bismillahirrahmanirrahim” push sungguh2 utk percubaan ketiga tu. 

“Ok puan, bagus..push lagi..sikit lagi” kata one of them sambil the other one tekan perut aku tolong baby keluar maybe.

5.30 am :               

Setelah berhempas pulas mencuba, akhirnya, Alhamdulillah my beautiful little princess selamat dilahirkan. Lega selega-leganya, hilang rasanya semua sakit yg menggila tadi bila nampak baby depan mata kau! Mcm tak percaya je anak aku kah?. Menitik jugak air mata aku bila nurse letakkan baby kat dada, bonding time katanya, nanges bukan sebab sakit yg aku tanggung td tp 1st sebab penantian aku selama lebih kurang 3 tahun nak hadiahkan zuriat utk hubby tercapai. Aku tau betapa dia nak ada anak sendiri walau dia penah ckp “if mmg kita takde rezeki utk ada anak sendiri, org tak kesah, itu takdir dan rezeki kita.” Sampai penah fikir nak izinkan dia kawen lain kalau betul2 aku tak mampu bg dia anak, sbb dia sgt suka budak2, tak mcm aku yg kurang penyayang ni. Ni dah ade anak, kalau nak kawen lain jugak mmg aku ‘kasi’ je. Blerghh. 2nd sebab Allah masih bg peluang utk aku bernafas lg selepas hampir mati td. Yelah sakit bersalin ni kan dianggap sakit kedua selepas mati. 3rd terharu sbb diberi peluang menjadi mommy kpd baby comel ni walaupun nebes dgn soalan cepucemas kpd diri sendiri “how to be a mommy?”.


After that, nurse amek baby utk bersihkan and daddy iqamatkan. Aku pulak kne melalui proses jahitan. Sejujurnya aku tak rasa pape bila kne jahit tu, sebab kesakitan yg aku hadap td dah terlalu hazab kot. So kne jahit tu dah immune. Lama jugak nurse tu jahit, dia kata kne jahit betul2, sambil tu aku borak2 la dgn dia. Sempat lg pesan kat dia “jahit elok2 ye nurse, lama2 pon takpe asalkan elok”. Masa borak tu tau la baby aku adalah baby ke 10 start jam 12 mlm td. Menurut nurse tu lagi, biasanya LR penuh, kdg2 sampai 3 org satu LR, tp masa aku ni only me je. LR lain pon takde org. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Around 7 am aku dpt masuk wad kelas 3, lupe pulak nk upgrade and tunjuk GL masa register pagi tu, tapi tu pon dah selesa sgt. Around kol 11 doktor check mommy. Baby pon ok takde jaundice. Disebabkan hari tu hari jumaat so lunch hour penjawat awam lama sikit, ade la kengkawan office and family dtg melawat tgk baby. Jam 4.00 pm nurse bagi resit soh hubby wat payment and dah leh discharge. Rasanya tak sempat pun tidur kat katil tu. Allah kesian sgt kat aku and mudahkan sgt urusan aku bersalin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (13,Surah Ar-Rahman). 

Bawah ni di attach beberapa moment sambutan birthday Auni yang simple angat~


Simple invitation card, tu pon Cik An yg buatkan. Ucu our fav designer was very busy semenjak ada baby. Jemput siblings and close friend ajo~


Birthday cake order kat kwn Cik An.


Dessert table yg tak sempat deco.


Overview the decoration~ 


Video nyanyi lagu besday utk Auni~ Mommy was pregnant 37 weeks gais. Not fat. I'm pregnant. Nak bagitau aje~ lalala.

Ok itu je utk kali ni.. we love you Auni!!!

21 November 2014

Kisah panjang menjadi satu entri~

Terbiar.
Berdebu.
No one touch.
No one care.

Dulu.
Masa ada untuk ini.
Now I'm busy!
I'm sorry my blogie~

Diam ku.
2 tahun berlalu.
Status change.
Experience improve.

Dulu single.
Now I'm married.
But still.
Not yet a Mommy.

Husband.
Masih Cinta Hati.
Yang sama.
From 2004 till present.

Tanggal 31 May 2013.
With just one akad.
I became his wife.

To gain knowledge.
I further study.
First timer as UiTM's student.
MSc in UDM.

Sumpah.
It's not easy.
Bekerja sepenuh masa.
Full time student.
Jadi isteri seseorang.

11 May 2014.
Convocation Day.
Terharu. 
Gembira. 
Alhamdulillah I did it well.
Now I'm a Master holder.

Kerja.
I'm happy.
Walau as macai in here.


Now...enjoy the photo~

Nikah.
While waiting for rombongan pengantin lelaki.
Nebes ke? Wa biasa-biasa aje.
Wa dah tasyabar mau kawen!

Majlis Resepsi.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang bermatian tolong rewang.
Thanks juga kepada sponsor-sponsor yang baik hati. 
Hingat retis je dpt sponsor?
Terima kasih juga kepada tetamu yang sanggup bergadai duit minyak untuk datang ke mari.
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Lebiu all.

Konvokesyen.
Penat yang berbayar.
Keserabutan selama setahun telah tamat.
Tanpa sokongan bonda tercinta, suami tersayang dan keluarga yang sporting, tak mungkin gua berjaya dapatkan scroll ini!!
Makasey sgt. Lebiu all.
  
My buddies.
Kenal masa master ni la. 
Geng lepak wat assignment dr malam sampai subuh.
Yelah pagi kerja kan.
Favret venue : KFC Federal Highway, McD Sec 7, McD Sec 3 and Pakli Kopitiam.
Korang suka tidur kat KFC? Aku palingggg suka! Hahaha.

Final project presentation.
Wa takde time ni.
Tuntutan kerja memaksa wa ke INSTUN, Tanjung Malim.
Bila dah abes study...boring pulak asik main henpon, buang duit dan masa.

Pre-convo photo-shoot.
Venue : Setia City Mall

Ok. That's all for this time.
Kisah lain mungkin dilain masa.
TQ for reading.

"To give real service you must add something which cannot be bought or measured with money, and that is sincerely and integrity".

01 August 2012

Najla Iffah Shahzani


:: Assalamualaikum and Selamat Berpuasa to all of you~

Tiz pic show how happy im...all of us was smiling include that cute little pooh..

This pic was taken in Langkawi Airport, im rushing back to Selangor for an interview session (and FYI i failed it).. not my rezeki maybe..

We are in da middle of our vacation there..and i struggling come back home juz to attend that session.. 

From left : Hunny (my sis) + Najla (my anak buah) + me





picnic : free time~

glorious n tiring picnic eva~


 buddies : langau + awin (langau gf) + me
buddies : him + langau + me


location : bukit cahaya seri alam, shah alam

19 May 2012

duty in salak~

Assalamualaikum and selamat bangkit tidor kpd mereka2 yg gemar tidor spt adikku faisal.. makhluk ini boleh tdor selama 18jam tanpa malu2 walau aku terpaksa jirus air panas utk kejutkan dia utk semayang~

Azam wa rini nak write in english...jika tersilap grammar n tersalah kata harap dimaafkan lah ye..

Now I in Getrahome 's sale office at Bandar Baru Salak Tinggi. Actually today is not my duty, i just replace one of my colleagues, Kak Lina... her husband will go back home after 3 week did not see each other.. Well that what we called long-distance romance~ Pity her so i just give them time to mingling together. How nice i'm~ VERY YOUNG but have a big heart...Hahahahahahaaa <3

 Very hot here...maybe because of the surrounding landscape full with babies tree..im going to be darker day by day here..Alhamdulillah i just came here one time in a month.. Eh, like i sit outside playing with the light of the sun as site worker~ just sitting in the aircond and waiting the purchaser and treated them with all my heart   but still grumbling.. annoying! Haha..

Can't wait to go back to Shah Alam.. sleepy and hungry okeh... this morning only eat a small breakfast..nasi goreng and meehoon goreng...is that SMALL? maybe my stomach was soooo big~ aigoo..no that my tip to keep my healthy body alaiz awesome...HOI HEALTHY KEW???

enough...WANNA GO BACK! <3





26 April 2012

rahsia hati

Assalamualaikum semua...
Lama sudah tidak melayan blog sehinggakan blogger dah version baru pon tak pasan..

http://www.youtube.com/user/mahhass?ob=0&feature=results_main

lagu ini sesuai dgn perasaan hati wa..
::haticelarujiwakacau::

16 June 2011

Abah...

Abah...
Anak2 Abah yg nakal ni rindu Abah sgt2...
WE LOVE YOU so much Abah..
Takde org lain dpt ganti tempat Abah dlm hati kami...

06 June 2011

Luscious Lips... EPISOD Kamera DSLR~

If u'll tak terbaca lagi Bahagian Pertama kisah ini, boleh lah berbuat demikian ek...kang tak paham plak apsal I tunjuk pic2 bajet hot ni...hahaha...

Ok sume pic dibawah diperolehi daripada Cik Fotographer.... TQ so much dengan menggunakan kamera DSLR beliau...!Ok layanzzz.....



tajuk caption : Beauty and the Beast... owh beliau Driver saye~ hehehe...

tajuk caption : bersama mekap artis professional saye....



tajuk caption : beratur sebelum masuk bilik Audition~




bersama sume yg terlibat.... dari kiri Driver Berbahaya, Fotographer Bertauliah, Artis Minggu Ini, Jurumekap Professional~

<3 tata...nak mandi~

05 June 2011

Luscious Lips... Watsons You Award 2011~

Setelah sekian lama.. akhirnya di atas permintaan yg tersayang, ecehhh.. makanya I pon post lah entry ini!

Title entry mcm gud2 je kan...hahaha... tah macam mana leh terlibat secara tidak langsung dalam Audition ini...!! rase cambest plak ade pengalaman camni...tq kpd kawan2 yg mmg tak jemu2 bg sokongan soh ai mencuba...besh!!

Ok lah...i try summarize kisah ini....

::Satu tengahari yg panas...di Kafe Meranti, UTM Skudai::

I dan beberapa kawan lain nak tapau lunch di situ..and ternampak booth Watsons Campus Road Show utk pertandingan You Award Season 4...tak penah tau pape pon psl menda ni...and tau2 je dah season 4...hihihi...leh tgk sini ttg AWARD yang menarik ni!!

Firstly, I takde lah berminat pon dgn menda nih...tp yg wat tertarik hati adlh DPT FREE GIFT!! menda percuma mmg i sukeeee... bkn ssh pon nk dpt, juz isi form and pose sket utk dorg amek pic kite... and done!! Tp hadiah tersebut adalah rahsia...mane la tau dpt deodorant ke..set Safi Balqis ke kan... namunnnnnnn tidaklah spt yg dibayangkan...hny dpt syampoo DOVE yg kecilllll!! di ulang KECIL!! yg ade perkataan 'NOT FOR SALE'...nmpk sgt la tu pek percubaan!! dpt la free gift yg ko nak sgt Cik Mel!! haahahhahahaaaa... tertipooo lah i bersama ana n syafa...

Takpe..bkn kne bayo pon kan...dpt posing2 lagik utk menggayakan Banner "I LOVE WATSONS"!! Layannnnzzzz je lah!

I telah tick utk kategori Friendly Face and Luscious Lips... hehe...igt tak dpt atau terpanggil lah kannnnn...namun ye puan2 sekalian....I dpt 2 panggilan dari pihak award mengatakan I tercalon dpt finalist bagi kedua-dua kategori ini...!! macaaaaaaammmm bagossss je nak cite kat cni!! hahahaha....i cite atas permintaan beberapa rakan yeee...jgn salahkan I...hihihi...

Menurut pihak pengurusan, sebanyak 3000 org yg apply, hanya 300 yg tercalon... I rase sbnrnye lebih ramai lagi yg dorg dah call tp contestant ini tak dapat hadirkan diri sbb dah balik kampong masing2..agaknye I tercalon pon sbb ade Top 300 yg tak dapat hadirkan diri kat Hotel Times Square pada 4 Jun tempohari... manelah tau kan.... negativeeee sgt ko Milah!! Hahahaha..

Ok...so I amek keputusan utk join aje, sbb ade beberapa kawan yg sgt2 poyo support dan galakkan I join...wat pengalaman je kan... Hadiah bagi tiap kategori adalah RM3,000.00 ye..mane nak dapat tu Jah! So I gi la bersama 3 supporter terhebat I...Cik Alifah bersama adiknye serta Adik kesayangan dan kebencian I, Mr Faisal~ TQ yeeeeee...

Layan lah pic Model Tak Jadi kategori Luscious Lips nih!!












Ini pic2 dari henpon I... tggu pic dari Cik Alifah tak dpt2 lagik...gune DSLR pic lagi lawa kannn...Mmg mcm poyo ye siap bawak jurumekap n photographer... mane ade contestant lain beriya gitu! Haishhhhh~ malu I... Tq ye kpd korang...

Jurumekap = Cik Alifah
Jurupicha = Adik Alifah
Driver = Mr Faisal

Keadaan dlm Bronx 1, Times Square Hotel ni mcm bilik Audition Malaysian Idol gak...masuk sorang2...juri 4 org...dorg tny soklan dll...soklan yg I tak tau nk jawab ialah bile judge tny "Tell us what is the best way untuk jaga bibir" Hah!! mane aku tau....igt haku jenis jage2 bibir sgt ke...I jaga mulut dari berkata-kata jeeee..hahahaha...

Dan, I tak dapat pon jadi Top 5 kategori Lips ni... tak cukup Luscious lah tuh!! tp seyesly sgt besh la ade pengalaman gini! Tq sumeeee yg sokong...ok lah!

Mau makan...mak masak sardin mlm ni....daaaaa~


21 April 2011

antara marah dan rindu..



haish... hari utk marah2.. kesel! (penat in jawanese)
sakit jiwa and otak je marah2 nih..
'gadis yg garang...' itu ape yg org slalu ckp ttg aku...
sambil senyum aku memandang mereka...
sbb tak pasti itu pujian ke kejian~

tak kesah... yg aku tau, aku tak kaco org...
tapi aku ssh lepaskan org yg wat pasal dgn aku..
(owh ini amaran keras..haha)
aku bkn mafia, samseng atau ah long~
tak perlu risau atau gusar...
aku masih perempuan jelita itu...
namun ada hati kental dan berani!!

p/s : jgn bermain dgn api~






bile tgk gmbr kucen busuk ku ni...tak jadi mau marah...
rindulah JOJO!!



jojo bersama abah ku tersayang..

kalo jojo diberi peluang bersuara spt manusia, mst dia tny aku 'jeles tak?'
mmg aku KAKI a.k.a sepak kan je dia...
mmg la jelesssss... !!
sampai tertido-tido bapak aku layan ko jojo...
benci!! (jeles sbnrnye)

sampai umo 9 tahun asenye aku masih dok atas riba abah..now da tak bleh, sbb aku dah lg beso dr abah...hahaha... asenye lagi berat dr abah kot~ aigoooo...



aku zoom lagi... korang tgk muka si busuk ni btol2...







bahagia kan dia???

siap pelok erat tgn abah! blah la ko jojo~




15 February 2011

Jom Berselawat!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..

Hari ini cuti sempena meraikan Maulid Nabi... Biasanya sambutan Maulid Nabi ini dijalankan di Masjid-masjid, sekolah2, kampung2 mahupun jabatan kerajaan dengan membuat perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Smlm ade gak dak2 klas yg ajak gi berarak...tp mcm main2 je... So, tak pastilah ade ke tak kat Masjid blkg nih.. Katanya lagi kat Masjid UTM pon ade... Tp bangun pon lambat!! Sedey je.. Smlm pon tak kompom btol2 dgn dorg...takpelah~

So, td usha2 lah kat google, mencari2 bacaan selawat yg betul... bkn yg pendek tu...yg panjang sket... Yelah, yg tu jarang2 je baca...takot salah sebut plak...so, search je kat google.. jupe lah ini... Best... korg berselawat sedap2 tau...dgn ikhlas! Daripada dok menonggeng atas katil tu kan.. spend time jap utk berselawat~ ngeh3

Takde la paham pon ape makne bacaan yg aku baca ni...tp aku tau ianya memuji Rasullullah S.A.W! Aku terus berselawat dengan lenggok ala2 bernasyid, rasenya merdu sgt.... (perasan).. Then tibe2 rase nak nanges.... Insaf je rasa.. Rase terharu plak berselawat seorang diri kat bilik yg sunyi ni... Entah rasa nak nangis plak..

"Rindu pada Rasulullah...."

Taktau nk ckp pe lah..speacless plak... ni aku kongsikan hasil beberapa blog yg aku usha ttg kelebihan berselawat nih.. Baca ye.. Mst rase excited sgt nk berselawat!!

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya”.

Sumber drpd blog ini..

Jom Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH..


14 February 2011

Sudah Jadi Senior~



Dah sgt lama tak update!!
Baru terperasan yg sem ni tak post satu entry pon lagik!! Padahal dah sebulan lebih sesi baru ni bermula..hehe.. Haiya...adakah terlalu bizi..?

Sem baru ini merupakan sem terakhir bagi senior2 tahun 4 mcm saye ni berada di UTM Skudai.. (tu pon kalu takde sangkut pape paper la...insyallah!) always try my best to graduate on tiz August!!

Truly, takde lah bizi sgt..tapi maybe dek kerana tekanan tesis a.k.a Projek Sarjana Muda (PSM) yg perlu kami hadapi sem ini.. btol, mmg tertekan jugak.. (sampai 3 ekor jerawat dok menumpang di muka ku..jerawat tekanan namanya). Kelas pon tak byk..juz hari Rabu and Khamis je! Besh kan? Sbnrnye klas bg 2 hari itu sgt pack ok, dr awal pagi kol 8.30 sampai 5ptg!! Tp takpe lah sbb hari len bley berseronok takpon balik kampung!! Yg tak beshnye Hari Jumaat DIWAJIBKAN gi seminar yg dikhaskan utk dak2 Urban Regional Planning UTM..setiap minggu ok!! Dah rugi 1 hari utk bersuka ria..

Yelah tu bersuka ria.. Hari-hari lain (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa) aku gunakan dgn sgt komited utk menyiapkan assignment, study (bile ade test) dan progress tesis.. Mane hade lepak2.. Masa mcm berlalu dgn cpt sgt! Tak terkejar nak cover 5 subjek sem nih.. Sume Lecturer ngah berebut2 bg assignment! Ye..makaseyh! Mst sbb nak pastikan saye kuar UTM ni dgn ilmu yg penuh di dada kan? Terharu~

Seswai lah dgn status SENIOR tuh, maka tidaklah kau hanya duduk goyang kaki saje Raihana! Len la dah keje ti bergelar SENIOR EXECUTIVE yang bergaji rm5k and above tuh, mmg lah ko buleh bersenang lenang..(mandai lah aku! bz gak hape!)
Kwn2 kata "sem akhir nih..mesti buat btol2!!". Yelah aku setuju.

Tapi masey ske bace komik!

Ni pon aku menaip semasa menanti masa utk tapau bersama kroni2 ku tepat jam 12.30pm kang.. Itu je mase mahu berehat2.. Hehe.. Itu adalah jadual gi tapau yg kami ciptakan sendiri.. (utk hari2 yg tiada kelas).. Pastu mkn bersama2, biasanya port terbaik adalah bilik ku yg berseri2 ni! Owh terima kasih kpd kawan2 yg selalu memuji bilik saye, walaupun sem ni mmg malas nak melayan keseriaannya! (Jgn isau, takde la kritikal sgt..masey berseri2 hape!)

kadang2 memasak gak bersama kroni!

Ok lah mahu pegi mam!!!

28 November 2010

Bkn Promote..Tp Nak Bagitau!!

10 SEBAB KNAPE SAYA SUKE GUNA CELCOM U-PAX??

1. Numbor tepon saye chuntekkkkkkk plak.. (tol...tak tipooo)
2. Lebih 90% drpd rakan-rakan saya gunakannya..University Pax!
3. Family saya juga mostly gunekan Celcom..
4. Kadar panggilan serendah rm0.15 je utk mana2 rangkaian..
5. Dpt bonus~
6. Mase besday, free call utk 8 num 8pax....selama seminggu okey~
7. Servis terbaekkkk~
8. Skrg ni ade promotion hape tah.. juz byr RM2, then spnjg hari leh berhubung dgn sume num Celcom...PERCUMA!! Dari pkol 2 pagi buta sampai 11.59 mlm! Taip YESRM2 and send pada 22188. (tgh giat melayannya)
9. Celcom bewarna BLUE~
10. Dan....Sbb plg utama yelah.....

NOMBOR DIGI SAYA DAH KENA BLOCK!!!
DIULANG....
NOMBOR DIGI SAYA, 016-3480047 YANG TELAH SAYA GUNAKAN SEJAK KALI PERTAMA MEMPUNYAI HENPON, LEBIH KURANG 6TAHUN LEPAS TELAH DI BLOCK!!!!

KECEWA...SEDEY...PEDIH...TAK DAPAT SELAMATKAN NOMBOR ITU...

..Digi Center kata ianya dah dijual dah!!!.... bangkai~

P/s : Pengajaran...Jangan la suke sgt kat Celcom tu sampai Digi tu 3bulan ko tak topap weyhhhh!! Dulu NOMBOR itu lah yg ko syg sgt...Now, tgl kenangan!! T.T

SAYA BTOL2 SUKA NOMBOR TUH!! SBB MR.SYG YG PILIHKAN!! (*^________^*)

jadi pasni...nombor CELCOM U-PAX saya secara rasminya menjadi main nombor la ye... take noted!!

26 November 2010

Wake Me Up !!


Cuba renungkan hari ke hari

Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi

Kita masih di awang awangan

Berkhayal dengan kemewahan
hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini

Jangan nanti di suatu hari

Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi...

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya

Jangan nanti di suatu hari

Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...

Bangun..dari tidur
Bangun...orang timur

lirik by A.C.A.B - Bangun

25 November 2010

i like the way u love me~

mancabut,,, mengaduh!
berlari...penat..~

makan... mengunyah..
sedap..kerepek pisang!!

gatal...menggaru..
sakit...menangis~

suka...ketawa...
gembira...senyum bahagia!

kisah...hidup kita...
sama..beza...
hanya maju atau mundur~

diam...membisu...
lebih baik dari berkata...

keluarga...membahagiakan..
kawan...menceriakan..
kekasih...mendebarkan...

sunyi..tanpa mereka..
hidup tiada makna~

kasihmu...ku hargai..
kenangan..ku simpan sampai mati!


p/s : rindu TEMBONG~

15 November 2010

Aku Scandal = Tunangan Org!!

Kamu...
Owh..kisah cinta yg tlah luput... ia dah lama berakhir...
Dia temui CINTA SEJATI.. akhirnya...
Tak sangka dia mendahului...

Dulu,
Kawan sekelas...?? Apa barang main cinta!!
(itu boleh dijadikan moto idop ku pd waktu dlu)
Ahahaha...jadi dia hanya SCANDAL~
bkn kekasih..bkn juga musuh..
TEMAN TAPI MESRA~ tepat!!

Kite kenal masa di POLIMAS dlu..
umor masih mentah 17tahun kan?
Now dah 23 tahun pon... dah lame jugak..
tp kite masih berkawan lagi...
cume tidak lagi SCANDAL~

Tiada siapa tahu bila ia bermula dan berakhir..
Hny kami berdua yg tahu...
Tp ia penah singgah kejap dlm hati lah!!
Teman yg mesra...dia kini berpunya....
Tak lama..tp ckup utk wat aku rase nostalgic..
lepas aje dpt tau berita itu...

Kamu,
Skrg dah ade status baru...
Walau masih bujang, tp TUNANGAN ORANG!!
Haissshhh.... bkn kecewa...sgt terkejot woiiiii!!!

Kamu,
Sgt PLAYER pd masa itu.. same aje dgn aku...
Masing2 tunjuk hero tayang mamat n minah baru..
Kite berlumba2 kan?? Ahahaha...
Sgt kebudak2an... tp seyesly FUN...
Sgt MARKET ye aku waktu itu...ahahahah...
Ops jgn slh fhm...aku bukan buaya tembaga...
Hny suka berkawan dgn ramai org...

Eh Kamu,
Tak sangka akan setia pd kali ini..
Cinta hatimu pnh kamu kenalkan padaku..
Tak sangka..mmg tak sangka kamu serius kali ini!!
Dem~ ahahahah...

Tak cemburu tp sgt kecil hati...
Berita pertunangan itu ku tahu dr kwn2 lain...
(sbb awek ko remove aku dr friendlist kan?? ahahaha)

Kamu,
Takpe... moge bahagia sentiasa..
Dan jgn pnh isau sbb saye juga dah ade yg teristimewa hape...
(kamu mst tak sangka aku masih bersamanya...ahahahahaha..)
Sorry terlewat katakan ini..
"TAHNIAH..."

Terima kasih juga katakan ini padaku...
"Ko ttp dlm hati aku spnjg hayat aku"
Walau pon slps kamu jd tunangan org!!
Rase berharga plak tiba2....

(p/s : Mr. Syg...jgn marah ye... 143)



Credit for Adah..TQ utk khabar itu... SMS dr Adah dan aku (versi stlh diringkaskan...)

Adah : Mel, ko tawu kan ***** dah bertunang??
Aku : Haaa?? seyesly tak tawu...bilekah??
Adah : Mase besday dia ritu...
Aku : Eh besday ***** dah lepas ke?? Bkn skrg baru bln 10 ke??
Adah : Weyh aku tawu la ko bz gler...tp takkan bln pon dah lupe..Now bln 11 la!!
Aku : Adeh..~


Mase dpt msg minah ni aku tgh layan movie...Marathon 2 muvi..non stop...dgn Ana and Syafa..
2 cite bodo aje...tp murah hny rm10 jeee...
Gangguan mental la jugak..Sampai losing my Kunci Motor!! Mls nak cite psl tu..next time lah! Hehe...




06 November 2010

GADIS DAN GPS...

bercerita...lagi2 ttg idop seorang pelajar sarjana muda perancangan bandar dan wilayah UTM skudai lagi...mmg takkan habis2... hehe...tp ianya akan dirindui kelak..sy tawu itu~

mengejar cita itu bkn mudah...
jadi, teruskan saja...jgn henti...
bersama...serasi ke sana~

When you walk through a storm
Keep your hand up high
And don't be afraid of the dark.
At he end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,


Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone.
(a.c.a.b)

otai GPS bermain dgn gadget nye...




teruskan...bersama...