20 February 2017

Aunie Naura was born!

Dah lama tak mengarang, sebenarnya nak boh kat status FB je tp panjang berjela sgt story nya so decide nak post dlm blog aje. Sempena birthday Auni yang pertama ni, mommy share kisah mommy masa nak bersalinkan Auni.

Sape rajin boleh la layan cite kelahiran Auni, my sweet little baby ni.


4 months old Aunie Naura~


5 months old Aunie Naura~

18 Feb 2016

Mild contraction sepanjang hari. Still g office, as usual drive sendri and  berjalan dgn hazabnya dr parking. But dah mula confuse samada false contraction or real. Estimate due date was 20 Feb, so mmg dah menghitung hari la. Well first time nak beranak la katakan. (Aku bg rate kesakitan ni Contraction Level 1 lah). Dr tghr dah whatsapp family members tny how contraction was. Ada yg advice soh g klinik check dah buka berapa cm, tq utk semua advice kalian but my sayang kena balik kerja lambat dat nite. Tak pasan kol bape dia balik, maybe around 11 sbb aku tertidur while waiting. Last meal maggi goreng kat Isa Maju, Seksyen U12 jam 6 pm.

19 Feb 2016

       
2.30 am :               

Terjaga sbb terlalu nak poopoo. Maigad selama ni mmg tak kuasa nak bangun tidur semata utk poopoo but this time tak boleh tahan pny, memulas sgt perut ni (Contraction Level 2). Bangun jugak g toilet sambil pejam mata. Eh, tgk2 dah ade darah setompok. Dgn confidentnya kejut sayang sambil ckp “org rasa baby dah nak keluar la”. Yayaya trus dia bangun cuci muka angkut beg yg dah prepare 2 month before, me sarung tudung and make sure takde document tertinggal. Perasaan nk poopoo td aku buang jauh2 sbb takut nak teran kang terberanak camne. Simpan je la dulu~

3.30 am :               

Tak sampai 10 minit dah sampai PAC Hospital Shah Alam, yelah mana ada jem pagi2 buta ni kan. He drops me and g parking keta dulu. Aku masuk PAC and register kat kaunter. Pegawai kat kaunter tu tny “alamat klang kenapa bersalin kat sini?”. Sebenarnya nak jawab “sukahati aku la nak beranak kat mana pun!” Tp sebab aku dilahirkan dgn tahap kesabaran yg tinggi maka aku jawab “rumah saya lagi dekat dengan HSA berbanding HTAR. Puan boleh cuba google tgk jarak mana lagi dekat”. Cliché. Aku disuruh tunggu sebentar sementara didaftarkan. Im alone kat area ni dat time, takde patient lain. Time ni dah mula sakit sikit2 tp aku boleh tahan lagi (Contraction Level 3). Kalau suruh selfie pon leh senyum sampai telinga la. Dlm 10 min pastu aku disuruh baring utk amek bacaan CTG. CTG ni mesin utk mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga contraction. 30 min diperlukan utk dapatkan graf yang sempurna so that kita leh tau condition baby and contraction level mommy. Seriously, sepanjang masa berbaring tu aku dah sakit / senak perut sgt. Mmg tak selesa nk melunjur kaki, stress perut hakak! (Contraction Level 4)

4.00 am :               

Siap je CTG, ade sorg nurse bwk wheelchair, dia suruh aku duduk, mcm tau2 pulak aku sakit tp ekceli masih mampu je berjalan. Aku dibawa naik lif tak pasan pulak tingkat bape and sebenarnya tak tau pun dia bawa aku ke mana. Tak tny pulak, pny la layan sakit. Tak tahu apa nama bilik ni tapi ade kaunter, tempat menunggu and bilik bertirai2. Kat area ni ade sorg patient tgh tunggu, so aku dgn muka ada senyum berborak la dgn dia. Rupanya dia dah 2/3 bulan pregnant and tgh mlm td bleeding so maybe nk check condition baby. Tp katanya dia dah tunggu dari jam 2 pagi. Hurm..aku dah tak best dah sbb pikir adakah aku pon kne tunggu selama tu. Sempat la whatsapp sayang waktu tu. Tunggu…tunggu dan tunggu. Patient td pon dah dipanggil hope baby dia okey. Around 4.30am aku dipanggil masuk dalam bilik bertirai tu. Kne tukar kain pink. Ape nak dibuek sebenarnya dlm tu aku pon tak tau. So ade sorg doctor masuk, suruh aku baring. Rupanya ni bilik utk check bukaan, baru aku tau hahaha. 

Dia kata “dah 5cm ni puan”. 

Aku pon mcm “oh yeke” patut sakit sgt masa berdiri salin kain tu. 

“Jadi sy pecahkan ketuban ye” katanya lagi. 

Aku tak berapa dengar sgt tp aku pasti dia dah pecahkan ketuban aku sbb rasa mcm air panas mengalir dlm kain pink tu. Doktor td keluar and ade sorang nurse masuk bwk sepasang persalinan pink and ask me to salin attire tersebut. Makngai masa nak tukar baju tu menggigil kaki aku mmg tak tahan sakit while contractions come. Tgn berpaut kat katil and dinding sepanjang tkr baju. Sumpah sakit! Ya ini agaknya sakit contraction yg aku baca kat blog2 sebelum ni (Contraction Level 6). Plus terlalu rasa nk poopoo, dah kat hujung2 sgt! Sempat aku minum air zamzam and VCO Tanamera masa tunggu nurse amik wheelchair.

Aku siap jln kuar dr bilik tirai tu and g kaunter dgn kesakitan yg amat sgt, and tny kat nurse, suara dah ketar2 dah “sy nak poopoo sgt, takpe ke kalo sy teran?”.

“Jgn puan, kita nak bawa puan ke labour room dah ni” katanya.

“Tapi sy betul2 tak tahan ni, kang terpoopoo kat sini camne?”.

Jawabnya “Ok lah puan pegi kat toilet tepi tu”.
Aku terus gegas g toilet tp bila duduk kat toilet bowl tu mcm tak berani pulak nak teran. Kalau baby yg kuar camne. Maka aku kuar toilet dgn hampa and terus bertahan. Korg mst paham perasaan bila terlalu, maksud aku terlalu tauuu..terlalu nk poopoo tp korg terpaksa tahan lagi. How tak selesanya dia pny feel tu kan. Blerghhh. Aku istighfar and control pernafasan je la.

5.00 am :               

Aku dibawa ke labour room dgn wheelchair. Same floor tp agak jauh kalau jln kaki dgn sakit2 tu mungkin tahun depan baru sampai. Sunyi sgt waktu tu, katanya im the only patient at that hour. Masuk LR trus nurse soh bukak brg kemas, jam, getah rambut dll. Time ni tak mampu dah nak kawal pernafasan. Penat aku practice breathing sebulan dua ni tp akhirnya tetap huru-hara. Sakit baq ang, mcm2 gaya aku atas katil, merengkot la, melunjur la, mengiring la, sume posisi tetap sakit (Contraction Level 9). Punya tak tahan sakit so sometimes aku terpush secara auto. 

Marah nurse tu bila tau aku push, “puan jgn push dulu, tahan dulu”. 

“Saya tak boleh tahan, auto push. Takleh control dah ni, bukan sy sengaja~” sambil tahan sakit. 

Ade la dlm 10 min dorg biarkan aku melayan sakit sendiri, sbb dorg tgh bz maybe kne prepare pape kan. 

Ade sorg nurse tu datang kat aku “puan jgn push dulu, nnt baru push” katanya. 

“Saya betul2 takleh control. Sakit sangat ni!!” mungkin dah jerit. 

Dia trus check CTG aku, and katanya “contraction dah high dah ni”. 

Pastu ade nurse lain yg mungkin lebih berpengalaman check bukaan aku. Yayaya kau ase bape cm? 10 cm dah!!! Patutlah aku dah nak fengsan lyn contraction ni. 

“Suami saya mana?” sempat lagi tny. 

“Td lagi kami dah maklumkan, sekejap lagi mungkin sampai” katanya. 

“Sy nak teran sgt dah ni” hampir nanges semasa berkata2 sbb sakit. 

“Sebentar puan, jgn push dulu, kita tgh prepare set ni” balas one of them. 

“Set ape pulak ni. Lahai nak beranak sgt dah ni” wuuuuu. 

“Set utk delivery la puan” sambil mereka bertungkus lumus prepare set, my sayang sampai. Syukur. Good timing. Terus ready nk push bila set settled. Peluh jantan dah merecik2 dah aku ase, dia pny sakit, Allah je yg tau (Contraction Level 10). 1st push gagal, 2nd pon gagal sbb aku pny breathing tak betul mungkin. 

“Knp puan breathing camtu? Puan tarik nafas dalam2, push sungguh2.” 

“Ok puan, pandai, ok truskan mcm td kepala baby dah nampak dah tu.” 

Aku ase ade 7 nurse kat keliling aku tgh bagi sokongan moral kat aku. Tq sgt! Semua gegirl~ Hubby pulak tolong angkat kepala bg rapat dengan dada. Time ni la nak pegang ujung kaki tp tak sampai. Hazab mmg hazab, well manusia biasa mcm aku ni byk dosa, ingat senang ke nak hapuskan dosa2 tu. Sempat lagi aku pikir psl dosa aku that time, insaf betul beranak ni. 

“Sayang kepala baby dah nampak tu, buat betul2, kalau tak nnt penat” kata hubby. Aku pun tarik nafas dlm2 and “Bismillahirrahmanirrahim” push sungguh2 utk percubaan ketiga tu. 

“Ok puan, bagus..push lagi..sikit lagi” kata one of them sambil the other one tekan perut aku tolong baby keluar maybe.

5.30 am :               

Setelah berhempas pulas mencuba, akhirnya, Alhamdulillah my beautiful little princess selamat dilahirkan. Lega selega-leganya, hilang rasanya semua sakit yg menggila tadi bila nampak baby depan mata kau! Mcm tak percaya je anak aku kah?. Menitik jugak air mata aku bila nurse letakkan baby kat dada, bonding time katanya, nanges bukan sebab sakit yg aku tanggung td tp 1st sebab penantian aku selama lebih kurang 3 tahun nak hadiahkan zuriat utk hubby tercapai. Aku tau betapa dia nak ada anak sendiri walau dia penah ckp “if mmg kita takde rezeki utk ada anak sendiri, org tak kesah, itu takdir dan rezeki kita.” Sampai penah fikir nak izinkan dia kawen lain kalau betul2 aku tak mampu bg dia anak, sbb dia sgt suka budak2, tak mcm aku yg kurang penyayang ni. Ni dah ade anak, kalau nak kawen lain jugak mmg aku ‘kasi’ je. Blerghh. 2nd sebab Allah masih bg peluang utk aku bernafas lg selepas hampir mati td. Yelah sakit bersalin ni kan dianggap sakit kedua selepas mati. 3rd terharu sbb diberi peluang menjadi mommy kpd baby comel ni walaupun nebes dgn soalan cepucemas kpd diri sendiri “how to be a mommy?”.


After that, nurse amek baby utk bersihkan and daddy iqamatkan. Aku pulak kne melalui proses jahitan. Sejujurnya aku tak rasa pape bila kne jahit tu, sebab kesakitan yg aku hadap td dah terlalu hazab kot. So kne jahit tu dah immune. Lama jugak nurse tu jahit, dia kata kne jahit betul2, sambil tu aku borak2 la dgn dia. Sempat lg pesan kat dia “jahit elok2 ye nurse, lama2 pon takpe asalkan elok”. Masa borak tu tau la baby aku adalah baby ke 10 start jam 12 mlm td. Menurut nurse tu lagi, biasanya LR penuh, kdg2 sampai 3 org satu LR, tp masa aku ni only me je. LR lain pon takde org. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Around 7 am aku dpt masuk wad kelas 3, lupe pulak nk upgrade and tunjuk GL masa register pagi tu, tapi tu pon dah selesa sgt. Around kol 11 doktor check mommy. Baby pon ok takde jaundice. Disebabkan hari tu hari jumaat so lunch hour penjawat awam lama sikit, ade la kengkawan office and family dtg melawat tgk baby. Jam 4.00 pm nurse bagi resit soh hubby wat payment and dah leh discharge. Rasanya tak sempat pun tidur kat katil tu. Allah kesian sgt kat aku and mudahkan sgt urusan aku bersalin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (13,Surah Ar-Rahman). 

Bawah ni di attach beberapa moment sambutan birthday Auni yang simple angat~


Simple invitation card, tu pon Cik An yg buatkan. Ucu our fav designer was very busy semenjak ada baby. Jemput siblings and close friend ajo~


Birthday cake order kat kwn Cik An.


Dessert table yg tak sempat deco.


Overview the decoration~ 


Video nyanyi lagu besday utk Auni~ Mommy was pregnant 37 weeks gais. Not fat. I'm pregnant. Nak bagitau aje~ lalala.

Ok itu je utk kali ni.. we love you Auni!!!